IMBUHAN
Imbuhan terbahagi kepada imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Imbuhan awalan diberikan kepada kata dasar di awal kata. Imbuhan akhiran pula diberikan kepada akhir kata dasar. Sementara imbuhan apitan berada di awal dan di akhir kata dasar.
Contoh imbuhan awalan ialah :
pe-, per-, pen-, peng-, penge-
ter-, ber-, be-
me-, mem-, men-, meng-, menge-
di-, ke-, se-
Contoh imbuhan akhiran ialah; -an, -i, -kan
Contoh imbuhan apitan ; di ... an, per ...kan , mem ... i
di ...kan , me ... kan , di ... i
KATA GANDA BERIMA
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu benda, tempat dan orang. Ia dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut makna :
1. sifat dan keadaan 5. bau
2. warna 6. ukuran
3. rasa 7. pandang
4. bentuk
KATA BANYAK MAKNA
KATA BANYAK MAKNA
Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Contoh kata banyak makna ialah seperti berikut :
Jatuh gugur / merosot
Daun bunga itu jatuh di atas padang .
Perniagaan Pak Ali merosot sejak kebelakangan ini.
KATA GANDA BERIMA
Kata Ganda Berima ialah kata yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya. Ia perlu diletakkan sempang. Contoh kata ganda berima :
hiruk-pikuk kacau-bilau simpang-siur
lambat-laun segar-bugar huru-hara
KATA GANDA SELURUH
KATA GANDA SELURUH
Kata Ganda Seluruh ialah kata yang diulang seluruhnya. Kata ganda seluruh hendaklah diletakkan tanfa sempang. Kata ganda seluruh boleh membawa maksud banyak atau tunggal seperti contoh di bawah:
1. Kata ganda seluruh yang membawa maksud banyak :
rumah-rumah, bakul-bakul, kereta-kereta, baju-baju
2. Kata ganda seluruh yang membawa maksud tunggal :
kura-kura, jentik-jentik, kanak-kanak, rama-rama
KATA GANDA BERIMBUHAN
KATA GANDA BERIMBUHAN
Kata Ganda Berimbuhan ialah kata ganda yang diberikan imbuhan. Contoh kata ganda berimbuhan :
bermain-main bertolak-tolakan
melambai-lambaikan bersama-sama
berhati-hati beramai-ramai
KATA HUBUNG
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan sesuatu perkataan atau frasa supaya menjadi ayat yang lengkap.
Contohnya : dan, tetapi, kerana, atau, sambil, lalu, agar, supaya,
dan lain-lain.
KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk menanyakan nama benda, manusia, haiwan, tempat, orang, dan bilangan. Contoh kata tanya ialah apa, siapa, di mana, mengapa, kenapa, berapa, bila, dan bagaimana. Ia boleh diikuti dengan partikel –kah mengikut kesesuaian ayat tanya.
ANTONIM
Antonim ialah perkataan yang bermaksud berlawanan dengan perkataan yang diberikan. Contoh antonim ialah
dekat lawannya jauh
sakit lawannya sembuh
malam lawannya siang
KATA NAMA GANTI DIRI
KATA KERJA
SINONIM
KATA NAMA GANTI DIRI
Kata nama ganti diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Ia dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba, patik,
beta, kami, kita.
KATA KERJA
1. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
2. Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i. Kata Kerja Transitif – menebas, menyidai, menulis
ii. Kata Kerja Tak Transitif – bangun, lihat, lulus
iii. Kata Kerja Pasif – ditebas, disidai, ditulis
SINONIM
Sinonim ialah perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau perkataan seerti. Contohnya :
Sejuk ertinya dingin
Cantik ertinya lawa
Gembira ertinya riang
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau,
ANTONIM
Antonim ialah perkataan yang bermaksud berlawanan dengan perkataan yang diberikan. Contoh antonim ialah
dekat lawannya jauh
sakit lawannya sembuh
malam lawannya siang
TANDA BACA
Tanda baca digunakan dalam ayat untuk memberi tanda atau isyarat supaya pembaca dapat membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul. Terdapat pelbagai tanda baca dan tugasnya juga berbeza antara satu sama lain. Contoh tanda baca ialah huruf besar, koma, noktah, tanda tanya, tanda seru, tanda sempang, dan tanda pengikat kata.