PENULISAN




BAHASA MELAYU

PENULISAN

BAHAGIAN B

Tiga soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sama ada Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan yang baik, anda perlu merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis karangan.

1          Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan.

·         Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya.

·         Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir.

·         Hindari sikap terlalu gopoh.

Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik. Perkara-perkara yang tiada kaitan elakkan sama sekali.

2          Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan.

            Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian

            Iaitu:

            a.         Pengenalan / pendahuluan

b.       Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh

c.         Penutup

3             Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting    

           karangan.

·         Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

·         Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat isi dan perenggan akhir penutup.

·         Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh.

4          Semakan           


·         Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat.

·         Pastikan setiap isi disertakan huraian dan contoh.



BAHASA MELAYU
PENULISAN
BAHAGIAN C

Satu soalan dikemukakan pada bahagian ini. Untuk menjawab bahagian ini, langkah-langkah yang dicadangkan ialah;

1          Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
  • Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
  •  Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran berdasarkan petikan yang diberi.
  • Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
2          Mencatat nilai murni atau pengajaran
·         Baca dan fahami kandungan petikan.
·         Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan.
·         Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai murni / pengajaran.
·         Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini sekitar lima minit.
3          Menulis ayat lengkap
·         Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
·         Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
·         Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
·         Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.
4          Menyemak
·         Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
·         Semak juga aspek tatabahasanya.
·         Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

NILAI-NILAI MURNI

·         bertanggungjawab
·         keberanian
·         berdikari
·         semangat bermasyarakat
·         kerjasama
·         prihatin
·         kasih sayang          
·         hormat-menghormati.
·         kesyukuran.
·         berdisiplin
·         rasional
·         kerajinan
·         kebersihan fizikal dan mental
·         keadilan
·         bertolak ansur
·         kesederhanaan
·         baik hati
·         berhemah tinggi
·         berhati-hati
·         kebebasan
·         berjimat cermat
·         kejujuran
·         tolong-menolong
·         patriotisme