Pengangkutan Moden
Pada masa ini, sistem pengangkutan moden amat penting bagi tujuan perhubungan. Terdapat tiga jenis pengangkutan di Malaysia iaitu pengangkutan darat, udara dan air. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal terbang, feri serta kapal laut. Kemajuan pengangkutan moden di Malaysia membawa pelbagai kepentingan kepada negara.
Pengangkutan moden menjadikan perjalanan yang dilakukan lebih mudah dan cepat. Hal ini kerana pengangkutan moden tidak menggunakan sistem jalan raya biasa. Melalui pengangkutan moden seperti monorel dan komuter, masyarakat tidak lagi menghadapi masalah kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, pengguna dari Seremban dapat sampai dengan lebih cepat ke Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat menjimatkan masa sesuatu perjalanan.
Selain itu, pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang
jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan pantas. Di samping itu, masyarakat juga dapat merancang perjalanan dengan mengikut jadual. Sebagai contoh, mereka yang menunaikan fardhu haji di Mekah mengambil masa yang singkat untuk pergi ke sana.
Kesimpulannya, kemajuan pengangkutan moden memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan pengangkutan moden agar negara dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.
Jawab soalan – soalan yang diberi berdasarkan petikan.
1. Apakah jenis pengangkutan yang terdapat di Malaysia ?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. Beri dua contoh pengangkutan air
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. Siapakah yang mendapat manfaat daripada kemajuan pengangkutan moden ?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________