Wednesday, 4 July 2012

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna   kata-kata dalam ungkapan. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.

Berikut adalah contoh-contoh simpulan bahasa:
            i.          hari jadi – ulang tahun tarikh lahir
            ii.         langkah kanan – nasib baik
            iii.        makan masa – memerlukan banyak masa
            iv.        buka mulut – bercakap
            v.         makan gaji – mencari nafkah secara bekerja dengan orang


Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberi perkataan-perkataan laksana, bak, umpama, macam, bagai, seolah-olah, ibarat dan seperti di hadapannya. Sebagai contoh:
                        Dia lintah darat (simpulan bahasa)
                        Dia ibarat lintah darat (perumpamaan)

        Simpulan juga boleh menjadi bidalan apabila didahului oleh perkataan-perkataan jangan. Sebagai contoh:
                        Bercermin di air keruh. (simpulan bahasa)
                        Jangan bercermin di air keruh. (bidalan.

PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai, dan umpama.

Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.


Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak paha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

PEPATAH ATAU PERBILANGAN

Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

 
Contoh:
  i.    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
ii.    Hati gajah sapa dilapah, hati kuman sama dicecah
 iii.   Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
 iv.   Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

PENJODOH BILANGAN


1.      PENJODOH BILANGAN DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN KATA BILANGAN.

2.     ADA KALANYA PENJODOH BILANGAN TIDAK DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN KATA BILANGAN.

        (CONTOHNYA, SETIAP MURID, SELURUH KAMPUNG)



PENJODOH BILANGAN
PENGGUNAANNYA
CONTOHNYA
Angkatan
Untuk membilang sekumpulan manusia atau benda
Polis, tentera sasterawan, penulis, wartawan, jet, kereta kebal
Batang
Untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
Gigi, jambatan, kapur, lilin, pen, pokok, sungai, tongkat
Bentuk
Untuk benda-benda kecil yang berkelok
Cincin, mata kail, subang
Bidang
Untuk benda-benda yang terbentang luas
Kain, kebun, ladang, layar, permaidani, sawah, tanah, tikar
Biji
Untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
Bola, cawan, epal, gelas, guli, ketupat, labu, lobak, telur, terung
Bilah
Untuk benda-benda yang tajam
Gergaji, gunting, jarum, keris, lembing, parang, pisau, sabit
Buah
Untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
Bandar, buku, desa, gitar, kamera, kereta, komputer, negara, perpustakaan, rumah, televisyen
Buku
Untuk benda-benda yang keadaannya berketul/ berbongkah
Benang, keju, roti, sabun,
Butir
Untuk benda-benda yang bulat atau kecil
Batu, beras, manik, mutiara, padi, pasir, peluru, permata, telur
Carik/cebis
Untuk benda-benda yang dikoyakkan
Daun, kain, kertas
Cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
Ayam percik, bebola ikan, buah-buahan, sate
Das
Untuk bunyi letupan atau tembakan
Tembakan
Ekor
Untuk semua jenis binatang
Arnab, buaya, gajah, kuda
Gerombolan
Untuk kumpulan orang (yang jahat)
Pengganas, penjahat, perompak, perusuh, samseng
Gugus
Untuk buah yang bertangkai atau benda yang berkelompok
Anggur, bintang, kelapa sawit, kunci, langsat, pulau
Helai
Untuk benda-benda yang nipis dan lebar
Baju, cadar, daun, kain, kertas, rambut, rumput, sapu tangan, tuala
Hiris
Untuk benda-benda yang dipotong tipis-tipis
Bawang, daging, kentang, lobak, timun, tomato

Ikat
Untuk benda-benda yang diikat
Kayu, lidi, papan, sayur, tebu
Jambak
Untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
Buah-buahan, bunga, kunci
Kaki
Untuk benda-benda yang bertangkai
Cendawan, payung, tongkat
Kawan
Untuk kumpulan haiwan
Gajah, kambing, lebah, merpati
Kelompok
Untuk sekumpulan manusia, haiwan dan benda
Awan, bintang, burung, penduduk, pulau
Kepal
Untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
Nasi, pulut, tanah,
Keping
Untuk benda-benda yang nipis atau pipih
Biskut, gambar, kad, kertas, kuih, papan, roti, zink
Kerat
Untuk bahagian benda-benda yang dipotong
Arang, rotan, tebu
Ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu
Ais, batu, daging, roti, sabun, tulang
Kotak
Untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
Mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
Kuntum
Untuk bunga
Anggerik, dahlia, mawar, melati, melor
Laras
Untuk senjata api
Meriam, pistol, senapang

Lembar
Untuk benda-benda yang lurus dan panjang
Benang, dawai, kertas
Naskhah
Untuk bahan bacaan yang berjilid
Buku, majalah, surat khabar
Orang
Untuk manusia
Doktor, guru, jururawat, pekedai
Papan
Untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
Coklat, mercun, petai
Pasang
Untuk benda dan manusia yang berpasangan
Kasut, mata, pakaian, stoking, suami isteri, subang, tangan
Patah
Untuk kata
Kata-kata, ungkapan,
Pintu
Untuk rumah dan kedai
Kedai, rumah kedai, rumah papan, rumah sewa
Potong
Untuk benda-benda yang sudah dipotong
Daging, kek, kuih, roti
Pucuk
Untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
Meriam, pistol, rebung, senapang, surat
Puntung
Untuk benda yang sebahagiannya masih bernyala
Kayu api, rokok
Rangkap
Untuk puisi
Pantau, sajak, syair
Rawan
Untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat

Jala, jaring, pukat
Rumpun
Untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
Buluh, lalang, padi, pandan, serai, tebu
Sikat / sisir
Untuk buah pisang
Pisang
Tandan
Untuk buah-buahan yang bertandan
Kelapa, kelapa sawit, pinang, pisang

Tangkai
Untuk buah-buahan, bunga-bungaan dan daun yang bertangkai
Daun, duku, kenanga, padi, rambutan
Ulas
Untuk isi buah-buahan yang berpangsa
Cempedak, duku, durian, limau, manggis, nangka
Untai
Untuk benda-benda atau sesuatu yang berangkaian
Kalung, manik, mercun, madah, pantun, rantai tangan, sajak
Urat
Untuk benda-benda yang halus dan panjang
Benang, dawai, rambut, rotan, tali
Utas
Untuk benda-benda yang panjang
Dawai, rantai, tali

BIDALAN


Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:

        a)    Malu berkayu perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
        b)    Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
       c)    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.
        d)    Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
        e)    Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

HUBUNGI KAMI


PN.NORMAH BINTI AWAL
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK LUBOK REDAN)
0176592616
noorrma@gmail.com



PN.NORAINI BINTI CHE OMAR
(GURU BAHASA MELAYU SK BUKIT BERINGIN)
norzie5262@gmail.com

Tuesday, 3 July 2012

PENGENALAN

blog ini ditubuhkan bagi memudahkan murid-murid untuk mencari pelbagai rujukan dalam subjek bahasa melayu